MAKALAH CAHAYA

CAHAYA
Cahaya merupakan tenaga berbentuk gelombang dan membantu kita melihat. Cahaya juga merupakan asas kepada ukuran meter dimana 1 meter bersamaan dengan jarak dilalui cahaya melalui vakum pada 1/299,792,458 saat. Kelajuan cahaya ditakrifkan pada kelajuan 299,792,458 meter sesaat.
Cahaya diperlukan dalam kehidupan seharian. Matahari adalah sumber cahaya yang utama. Tumbuhan hijau memerlukan cahaya untuk membuat makanan. Tumbuhan hijau ini akan menjadi makanan kepada haiwan lain yang akan menjadi makanan kepada haiwan lain pula. Ini membentuk rantaian makanan. Haiwan yang makan tumbuhan sahaja dikenali sebagai haiwan maun. Haiwan yang makan daging sahaja dikenali sebagai haiwan maging. Haiwan yang makan tumbuhan dan daging dikenali sebagai haiwan maserba.
Sifat-sifat cahaya ialah, cahaya bergerak lurus ke semua arah. Buktinya adalah kita dapat melihat sebuah mentol yang menyala dari sebarang penjuru dalam sebuah bilik gelap. Apabila cahaya terhalang, bayang akan terhasil disebabkan cahaya yang bergerak lurus tidak dapat melencong. Bagaimanapun, cahaya dapat dipantulkan. Keadaan ini disebut sebagai pantulan cahaya.
Cahaya dipesongkan apabila bergerak secara serong melalui medium yang berbeza seperti melalui udara melalui kaca melalui air. Keadaan ini disebut sebagai pembiasan cahaya. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air. Cahaya juga bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui kaca. Oleh itu cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium yang berbeza. Cahaya yang bergerak lurus melalui medium yang berbeza tidak dibiaskan
Pantulan cahaya
Pantulan cahaya lebih baik dan teratur pada permukaan yang rata. Pantulan cahaya berselerak pada permukaan yang tidak rata. Dengan itu, cermin dan permukaan air yang jernih serta tenang adalah pemantul cahaya yang baik. Ini membolehkan kita dapat melihat wajah dan badan kita di dalam cermin.
Pantulan cahaya bergantung kepada jenis permukaan
Pembiasan cahaya menyebabkan penyedut minuman kelihatan bengkok dan lebih besar di dalam air, dan juga dasar kolam kelihatan lebih cetek dari kedalaman sebenarnya. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang rata dipantulkan secara teratur dan selari. Cahaya yang jatuh pada permukaan yang tidak rata dipantulkan secara berselerak. Imej dapat dilihat di dalam cermin kerana ada pantulan cahaya. Cahaya yang di pantulkan oleh cermin bergerak ke arah mata kita.
Alat-alat yang berfungsi berdasarkan prinsip pembiasan cahaya ialah:

Untuk lebih lanjutnya download saja file disini :
Makalah cahaya

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: